TAJUK KARANGAN: KEBAIKAN MENABUNG
ISI 1:
Wang - menampung perbelanjaan persekolahan - membeli buku- buku rujukan - membeli alat-alat tulis-membayar yuran sekolah- yuran kelas bimbingan luar - amalan menyimpan wang sejak kecil lagi
contoh huraian isi:
Antara kemaslahatan menabung adalah untuk persediaan masa depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku- buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar yuran sekolah dan yuran kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih lagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti di menara ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakin banyaklah wang yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila kita bersiap sedia lebih awal lagi.
ISI 2:
Bak kata pepatah malang tidak berbau – gangguan kesihatan - bencana alam tragedi -kemalangan jalan raya.
Contoh huraian isi:
Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorangitu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli keluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguankesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum hujan, sudah pasti masalah ini dapat diatasi.
ISI 3:
berjimat-cermat - bertanggungjawab - diri sendiri - masa depan - mengelakkan - berbelanja secara boros - merugikan diri sendiri - mendatangkan manfaat - membantu keluaga.
Contoh huraian isi:
Menabung juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan amalan syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang kita akan belajar menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu keluaga.
ISI 4:
ibu bapa yang - anak yang ramai - terpaksa mengeluarkan perbelanjaanyang tinggi - pendidikan, pakaian - perbelanjaan - mengurangkan bebanan kos hidup - meningkat
Contoh huraian isi:
Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaanyang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain dem imembesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini.